Isnin, 9 Julai 2007

Coretan Kenangan

Bismillahhirrahmanirrahim..

1 Jun 2006, ana dan keluarga telah berangkat ke tanah suci untuk menunaikan umrah di bawah panduan Imam Zaini. Syukur Alahamdulillah, akhirnya setelah sekian lama menanti dan berdoa, sampai juga kami sekeluarga ke tanah suci yang penuh barakah.. Penerbangan dari Singapore Aiport ke Jeddah memakan masa selama lebih kurang sembilan jam. Penerbangan berhenti seketika di Abu Dhabi. Sampai di Jeddah, kami dibawa menaiki bas menuju ke Madinah.

Perjalanan menuju ke Madinah selepas Isya'. Dalam perjalanan tersebut kami singgah makan-makan di satu tempat, (ana tak tau nama tempat tu.. hehe), itulah pertama kali makan kebab arab, punyalah besar.. sampai tak terhabis. Sampai di Madinah, lebih kurang jam 1 pagi. Kami menginap di Hotel Movenpick, Madinah Al Munawarah. Subuh tu solat di Masjid Nabawi.. aduh.. terasa sayu di hati, di sinilah tempat Nabi Muhammad menyebarkan dakwah setelah berhijrah dari Makkah. Di sinilah makam Baginda. Ana solat sunat di Raudah, Syukur Alhamdulillah, tempatmu Nabi Kekasih Allah ana kunjungi akhirnya.

Hotel Movenpick tu cuma beberapa meter sahaja dari pintu masuk Masjid Nabawi. Jadi senanglah berulang alik antara hotel ke sana. Suasana Madinah sangat tenang, sebab itulah ustaz ana pernah berkata, kota Madinah melambangkan keperibadian Nabi Muhammad yang tenang. Walaupun ketika itu suhu mencapai 39 darjah, tapi angin sepoi sepoi yang bertiup menyejukkan keadaan. Ana sempatlah berjalan-jalan di sekitar tempat penginapan ke beberapa blok bangunan yang berdekatan. Masa ana sampai tu, hari Jumaat, jadi kedai-kedai banyak yang ditutup hinggalah selepas solat Jumaat.

Solat Jumaat di masjid Nabawi memang penuh dengan lautan manusia. Tak kira bangsa dari pelbagai negara, anak ana yang kecil tu pun ikut solat juga... menyelit-nyelit di celah orang ramai.. tup-tup... tertidur waktu khutbah Jumaat.. hehehe.

Subuh Sabtu tu ana berkunjung lagi ke Raudah, tapi kali ni tak dapat nak masuk ke dalam sebab bawa rombongan anak dan isteri.. kami duduklah di bahagian luar Kubah Nabi, sambil melafazkan doa sebab itu hari terakhir kami di Madinah. Selepas Zohor kami akan bertolak ke Makkah untuk menunaikan Umrah. Airmata memanglah mengalir, apatah lagi terfikir, bila lagi agaknya dapat mengunjungimu ya Rasulullah. Mudah-mudahan umur ana sekeluarga panjang, rezeki kami dimurahkan.. dapatlah kami berkunjung ke Masjid Nabawi, InsyaAllah.

Oh ye.. di Madinah tu sempat jugalah kami berkunjung ke Pasar Kurma, Masjid Quba, Bukit Uhud dan sekitarnya.

Selepas solat Zohor kami berangkat meninggalkan Madinah dengan berpakaian ihram dan miqat di bir Ali.

Perjalanan ke Makkah memakan masa yang agak lama juga. Sampai di Makkah lebih kurang jam 1 pagi, kami di tempatkan di Hotel Farah ( di sana sebut Farah Funduk) Makkah AlMukarramah. Setelah memasukkan barang-barang ke dalam bilik masing-masing, maka ana dan rombongan untuk pertama kalinya berkunjung ke Masjidil Haram, pertama kali juga menatap Kaabah, rumah suci Allah. Dari pintu masuk sahaja ana sudah terpandang Kaabah.. Maha Suci Allah, Allah Huakbar... Ya Allah, hambamu datang kepadamu ya Allah, dan airmata ini bagaikan terlalu murah di sini. Selepas tawaf selamat datang tujuh pusingan, kami melakukan sya'ie tujuh kali ulang alik. Selepas itu, ana dan anak lelaki ana melakukan tahalul.. macam dalam gambar ana tu la.

Kami berada di Makkah selama lapan hari, maka setiap hari ana dan keluarga akan ke Tanaim untuk melakukan miqat dan seterusnya melakukan tawaf dan sya'ie. Biasanya kami ke Tanaim menaiki van (macam pak wan ca kat M'sia). Bayarannya cuma 5 Riyal seorang. Pak Arab yang bawa van ini akan membawa kami dari Makkah ke Tanaim dan patah balik ke Makkah semula. Maka dalam van tu kami beramai-ramai la berselawat dan bertahmid.. syahdu tu.

Masa di Makkah tu, ana dan keluarga pusing pusing lah sekitar kota Makkah, tapi yang dekat-dekat sahaja, maklumlah tak biasa. Di Makkah tu merasalah makanan-makanan orang Arab yang enak-enak dan sedap-sedap belaka.
(to be continued.. ana nak ambil anak balik sekolah).

Di Makkah tu pada awalnya kami dijadualkan akan melawat ke kilang mencetak Al Quran tapi sampai ke sudahnya kami tak pergi pun, wallahualam. Apapun ana sangat bersyukur walaupun tidaklah melakukan lawatan secara rasmi ke tempat-tempat yang tertentu, kebiasaannya sepanjang perjalanan ke Tanaim, Imam Zaini akan menerangkan nama-nama tempat yang kami lewati.

Sepanjang seminggu berada di Makkah, anak-anak ana, ana nampak macam duduk kat kampung sendiri.. hehehe.. almaklumlah sebelah Hotel Farah tu ada Pasar Zink. Apa saja ada di situ. Orang-orang Arab memang baik pada budak-budak. Anak ana yang kecil tu setiap hari ada saja Pak Arab yang bagi Riyal, mereka sayang kat budak-budak. Oh ye.. Peniaga Arab di Madinah dan Makkah, mereka tak cakap Arab, mereka cakap Melayu..

Ana nak ceritalah sikit.. setiap lepas solat subuh, kami akan lalu di lorong sebelah Pasar Zink untuk balik ke hotel, maka setiap subuh akan ada peniaga-peniaga jalanan dan peminta sedekah kanak-kanak dari suku kaum Badwi. Sambil meminta sedekah tu, mereka akan menyanyi.. lagunya boleh tahan juga. Anak-anak ana sampai hafal lagu mereka.. hehe.. Tapi bila nampak saja kereta peronda Polis, semua akan lari lintang pukang, kita kenalah berhimpit ke tepi-tepi kedai. Silap haribulan kalau tak berlindung, harus kena langgar dengan Badwi yang bertempiran lari tu.. hehehe. Almaklumlah perniaga jalanan tu akan bawa bungkusan yang besar sambil berlari.. nak selamatkan diri dan barang la katakan.

Terasa cepat masa berlalu, 11 Jun 2006, lebih kurang jam 8 pagi, kami melakukan tawaf selamat tinggal. Ana ambil kesempatan mencium Hajaral Aswad. Alhamdulillah, Allah permudahkan ana untuk menuju ke Hajaral Aswad sekalipun orang ramai berpusu-pusu di situ. Detik akhir di hadapan Kaabah ana dan keluarga berdoa semoga selepas ini masih ada ruang dan kesempatan untuk kami mengunjungi rumahMu ya Allah. Ya Allah.. terasa berat di hati untuk meninggalkan rumahMu yang suci ini, tapi apakan daya hanya setakat itu perjanjiannya.. InsyaAllah selepas ini kami akan datang lagi ya Allah.

Selepas itu kami bertolak ke Jeddah. Dalam perjalanan ke Jeddah kami sempat singgah di Masjid Terapung untuk menunaikan solat. Flight dijadualkan jam 5 petang, tapi flight delay ke pukul 8 malam waktu Jeddah. Kami selamat mendarat di Singapura lebih kurang jam 12.30 tengahhari. Dalam pukul 2.oo petang kami bertolak ke JB. Masa balik tu ana terpandang-pandang pokok kelapa sawit kat tepi jalan tu serupa jer dengan pokok kurma.... hehehe..

Itulah kisah ana setahun yang lalu.. Ana berdoa semoga ana dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki agar ana dapat berkunjung lagi ke Tanah Suci. Anta semua.. doakanlah ana dan keluarga dapat ke sana lagi yerk.. sebagaimana ana mendoakan anta semua seluruh saudara seagama ana agar dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci, InsyaAllah.

Tiada ulasan: