Ahad, 8 Julai 2007

Rahsia Al-Fatihah

NAMA NAMA AL-FATIHAH

Sebenarnya AlFatihah memiliki pelbagai nama lain. Nama-nama tersebut ada yang diambil dari hadith-hadith Nabi s.a.w. dan ada pula yang ditetapkan oleh para sahabat dan Tabi'in.

Nama pertama yang kita sedia maklum ialah "al Fatihah" yang bermaksud "pembuka". Kata asalnya ialah "fatih" bererti "yang membuka".

Al-Fatihah adalah surah awal di dalam Al-Quran, mendahului surah-surah lain.

Di dalam kebanyakan majlis akan didahului dengan bacaan Al Fatihah, begitu juga mukadimah sesebuah buku, kebiasaannya akan dimulai dengan Al-Fatihah. Tujuannya tentulah untuk memperoleh barakah daripada Allah S.W.T. Apa yang lebih penting adalah Al fatihah menjadi pendokong kepada setiap solat sama ada fardhu mahupun sunat.

Kedua ia dikenali dengan nama "Ummul Quran" atau "Ummul Kitab". Nama ini membawa erti induk atau ibu kepada kital Agung Al Quran al Karim yang mengandungi 6,236 atat atau lebih 77,437 kalimah atau 345,342 huruf. Perkiraan ini telah dilakukan oleh pada ulamak di zaman Tabi'in dan Tabi'it Tabi'in.

Sukalah dijelaskan di sini bahawa ringkasan kandungan Al Quran al Karim dapat dijuruskan kepada 5 perkara iaitu Al_Amr, An Nahyu, Al-Wa'du, Al Wa'id dan Al-Khabar.

Yang uniknya kesemua sifat ini terdapat dalam surah Al Fatihah

Al-Amr yang bererti "perintah" terkandung dalam ayat yang kedua
Maksudnya Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam.

An Nahyu bermaksud "Nahi" iaitu "tegah" Apakah yang ditegah itu?

"Hanya Dikau sahajalah wahai Allah yang kami sembah dan akan hanya Dikau sahajalah kami memohon perlindungan" menunjukkan bahawa kami (orang-orang yang beriman) tidak menyembah atau tunduk patuh kepada selain Allah S.W.T. Dan ini membuktikan bahawa kita ditegah untuk mengabdikan diri kepada sesuatu selain Allah S.W.T.

A-Wa'du iaitu "janji Syurga" terkandung dalam kalimah yang keempat yang bermaksud Allah menguasai atau memerintah pada hari pembalasan.

Al Wa"id iaitu "janji neraka" juga terselit maksudnya dalam ayat yang keempat tersebut.

Akhir sekali Khabaratau "pemberitahuan" yang tersirat dalam ayat terakhir yang brmaksud "Tunjukkan kami jalan yang lurus, jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat ke atas mereka, (seperti para nabi, siddiqin, syuhada' dan para solihin) dan bukannya jalan orang-orang yang Wngkau murkai (Yahudi) dan bukan pula jalan orang yang sesat (Nasrani).

Terbukti Al Fatihah memiliki 5 dasar atau ciri utama sepertimana yang dipunyai oleh kitab induknya iaitu Al Quran yang maha suci.

Ketiga Al Fatihah juga mashyur dengan sebutan "Assabu'ul Mathaani" iaitu tujuh ayat yang berulang-ulang. Al Fatihah kita baca berulang kali dalam setiap solat kerana ia adalah satu rukun yang mendasari amalan solat. Surah-surah lain tidak memiliki kekuatan atau ciri terpenting sebagimana Al Fatihah.

Di sinilah letaknya keunggulan Al fatihan sebagi kalimah yang mesti diulang baca dalam setiap solat fardhu mahupun sunat.

Keempat Al Kafiah iaitu "pelengkap", Sabda Rasullullah s.a.w. bermaksud "Ummul Quran dapat menjadi ganti surah-surah yang lain, tetapi yang lain tidak dapat menjadi gantinya".

Sudah menjadi kemestian Al fatihah tidak boleh dibaca sebahagian sahaja dan ditinggalkan sebahagian yang lain. Allah S.W.T. telah menetapkan ia dibaca sekaligus, tiada putus sama ada di dalam mahupun di luar solat.

Oleh itu, bacaan tujuh ayat Al_Fatihah mestilah bertali arus tidak seperti surah-surah lain yang boleh dibaca sebahagian dan disambung sebahagian yang lain sama ada bacaan dalam rakaat-rakaat solat mahupun dalam majlis-majlis yang lain.

Kelima Al Wafiah bermaksud "yang menyempurna". Telah ditetapkan kaedahnya dari awal lagi bahawa bacaan Al Fatihah tidak boleh dimulakan di tengah atau di hujung tetapi mesti bermula dari pangkal.

Bismillahhirrahmanirrahim, itulah pangkal Al Fatihah, kita tidak boleh memulakan bacaan dari ayat kedua, ataupun yang lain, tidak seperti surah-surah lain yang kita boleh petik bacaannya di tengah-tengah atau di bahagian tertentu yang disukai atau dihajati.

Seterusnya secara ringkas nama-nama lain Al Fatihah ialah:

Al Asas - sendi atau dasar
Suratun Nur - surah cahaya
Suratun Syifa' - surah yang mengandungi kesembuhan
Suratuddoa' - surah yang mengandungi doa
Suratul Munajah - surah yang berisi bisikan atau pengaduan terhadap Alah S.W.T.
Al Kanzu - perbendaharaan (sabda Rasulullah s.a.w. Allah befirman Al Fatihah
adalah suatu perbendaharaan dari perbendaharan ArasyKu)
Fatuhatul Quran - pembuka Al Quran
Suratl Minnah - surah yang mengandungi oengharapan
Suratul Mujziyah - surah yang memberi imbalan/balasan
Suratul Hamdi - surah puji-pujian terhadap Allah S.W.T.
Suratus Syukri - surah syukur atas segala nikmat kurniaan Ilahi

Tiada ulasan: